10/14/2013

Salam Semua

Assalamualaikum warahmatulLahi wabarakatuh Kaifa halukum jami'an..didoakan semoga awda semua sihat sejahtera di sisi keluarga tersayang.. Today just to update a lil bit about us..hari ne tepat 2tahun 4bulan 2minggu kami bekerja kekeke..alhamdulillah atas rezeki mu ya Allah..most of us mula bekrja pada tarikh keramat ni 01 Jun 2011.. Kami semua telah menerima ijazah diploma tertinggi ugama pada 18 Oktober 2011..beberapa orang siswi mnyambung pengajian sarjana muda dan sarjana tahniah to all of u ladies (lina, ka maul, ka deej, ka riby, umi kalsom) Tuan Zaiim dan Tuan Asrol sdh bertukar bidang..bro fahmi pun lebih kurang tukarnya jw..apa2pun wishing u all best of lucks..kamu semua the best Ilal liqa..ila huna faqad ma'as salamah

9/28/2010

Rahsia Solat Dari Sudut Sains Dan Kesihatan | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Rahsia Solat Dari Sudut Sains Dan Kesihatan | iluvislam.com + discover the beauty of islam

9/04/2010

sungkai sekuliah..

assalamualaikum wb..

Dimaklumkn kpd sume mahasiswa mahasiswi dp01/07 yg sdh kn4m kn juin ehehe..

Per: sungkai beramai2

tarikh: 5 sept 2010

jam: 5ptg hingga puas mkn

tmpt: grill n bbq around kdai komunis gadong

isi: mkn smbil sembang knvoi raya hahahaha..Yg pnting byrnnya $9.90 per head so pompwan x 3 tmsuk 2 kpala lutut hahaha acah jer kekeke..

Jumpa dsna ok:)

3/24/2010

hehe

Assalamualaikum..
Wah lama udh nda beupdate blog ani hehe..bz bnr udh sjk jd guru ani..so sjakn isi kekosongn ku post ta pot ani hehe..

anywy tym ani kmi DP01/07 sdg mnjlni praktik mengajar 3 di skulah msing2 hehe..kmi TP mulai 20hb jan 2010 hingga 14hb April 2010..

Just kn ucapkn gud luck to all of u 4 diz TP a..ok buat abm n pm yg smpurna hehe..elek2 sha a,na g lama ne kn abiz TP a, emm f na ku slh kira tgl 2 minggu ja lg tolak jumaat minggu..to yg alum kna cerap just get redi a buka skulah ne ta tne kna cerap ne..

Mcm tne na g lama kn abiz studi HND ani hehe apata planing abis kmu a?..hoping sume buat yg terbaik punya..baik punya~~

Ok sx lg gudluckzzz sume..

9/20/2009

9/09/2009

Aktiviti DP n SP01/07 (syariah) semasa posa..jeng jeng jeng...haha

eeeee bth jua kn sungkai ani..hmmmmmmpp!!!!!!!...laparku ee....
batah jua drg ani kn sampai
asrol : au curang ko dapan ku abg.zuh a~
zuh : ala~syg ku acoi ukannya org len madu ko juga.....
tantang sja g mobile ah..hahaha melatup jua ni krg
nuai: nda papa ka aku msuk rh blog kmu ane??
awep: aku ok plg~na to urg sblh ku ane aa...
miaz: (ckp lm ati) hw come urg cap putih ani ikut?huh~payah!!nysal ku ikut..pkirku ea drumah..

9/07/2009

9/05/2009

SEJARAH AYAT KURSI



Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia
telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan
kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu
perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera
memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.


Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali
selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar
masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya
dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan
memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga
akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.

Mengikut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah. Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah
s. a. w. bersabda bermaksud:

"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah
hilangkan segala kefakiran di depan matanya."

Sabda baginda lagi;

"Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat,
kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya
daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."

Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara
Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal
dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan
Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga,
dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat
Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki
rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan
ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk,
Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda
berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. Barang siapa
membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah
mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.


Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang
Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang
lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak
menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa
membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas
rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya. Barang siapa
membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah
menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang
benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat. Barang siapa
membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan
70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin 'Amr r. a. , Rasullullah s. a. w. bersabda

Kelebihan Berpuasa dalam perpektif sains

Sebenarnya bagi orang-orang yang tahu, nilai dan kebaikan puasa itu memang banyak. Antara kebaikan-kebaikan puasa untuk kesihatan ialah:

1. Puasa memberi kesegaran kepada fizikal dan mental seseorang.

2. Puasa bertindak menghancurkan sisa-sisa racun atau toksik dalam
darah manusia.

3. Puasa akan memberi kesegaran pada otot-otot dan akan membuat
anda sihat, segar dan bertenaga.

4. Puasa akan memeanjangkan umur anda.

5. Puasa akan membersihkan diri anda dari dosa.

6. Puasa akan membantu menghakiskan keracunan yang berada
dalam tubuh badan manusia.

7. Puasa akan memberi keseimbangan dalam darah.

8. Bila darah kita terlampau berasid, puasa dapat menurunkan PH dan
menyebabkan darah kembali alkali.

9. Puasa boleh menurunkan darah tinggi.

10.Puasa boleh menurunkan berat badan.

11.Puasa membersihkan segala kotoran dalam badan.

12.Puasa boleh mencerahkan pemandangan mata.


Ingatlah bahawa puasa akan memberi syafaat kepada kita pada Hari Perhitungan nanti.

9/04/2009

KELEBIHAN BERPUASA

Sesungguhnya telah termaktub di dalam Al-Quran dan Sunnah tentang kelebihan berpuasa secara umumnya, antaranya :

1. Puasa mendekatkan diri dengan Allah :

Allah berfirman :

﴿ وَالصَّائِمِينَ وَالصَّائِمَاتِ وَالْحَافِظِينَ فُرُوجَهُمْ وَالْحَافِظَاتِ وَالذَّاكِرِينَ اللَّهَ كَثِيرًا وَالذَّاكِرَاتِ أَعَدَّ اللَّهُ لَهُمْ مَغْفِرَةً وَأَجْرًا عَظِيمًا ﴾

Maksudnya : ” Lelaki-lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang menjaga

kehormatannya, lelaki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan

bagi mereka keampunan dan pahala yang besar ” [Al-Ahzab : 35]

Allah berfirman :

وَأَنْ تَصُومُوا خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ ﴾ ﴿

Maksudnya : ” Dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui ” [Al-Baqarah : 184]

2. Puasa mengawal syahawat :

Nabi r bersabda :

[ يا معشر الشباب !من استطاع منكم الباءة فليتزوج ؛ فإنه أغض للبصر ، وأحصن للفرج ، ومن لم يستطع ؛ فعليه بالصوم ؛ فإنه له وجاء ]

Maksudnya : ” Wahai pemuda-pemuda! Barang sesiapa antara kamu berkemampuan, maka

berkahwinlah, kerana pernikahan itu menundukkan pandangan dan memelihara kehormatan, dan barang sesiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu adalah perisai (memutuskan syahawat) ” [HR Al-Bukhari : 5065, Muslim : 1400]

3. Puasa menyelamatkan seseorang dari neraka :

Nabi r bersabda :

[ ما من عبد يصوم يوما في سبيل الله ، إلا باعد الله بذلك وجهه عن النار سبعين خريفا ]

Maksudnya : ” Tidaklah seorang hamba berpuasa sehari di jalan Allah, kecuali Allah akan menjauhkan

dia (kerana puasanya) dari api neraka sejauh tujuh puluh tahun ” [HR Al-Bukhari : 2840, Muslim :

1153]

Nabi r bersabda :

[ الصيام جنةٌ يسْتَجَنُّ بها العبد من النار ]

Maksudnya : ” Puasa adalah perisai, di mana seorang hamba itu berperisai dengannya dari api neraka “

[HR Ahmad : 15299, Lihat Shahih Attarghib : 970]

4. Puasa menjanjikan syurga :

Dari Abi Umamah, beliau berkata :

يا رسول الله ! دلني على عمل أدخل به الجنة ، قال صلى الله عليه وسلم: [ عليك بالصوم ، لا مثل له ]

Maksudnya : Wahai Rasulullah! Tunjukkan kepadaku, amalan yang boleh membawaku kepada syurga,

Nabi bersabda : ” Ke atasmu puasa, tidak ada amalan yang sama dengannya ” [HR Annasa'i : 2220, Lihat Shahih Sunan Annasa'i : 2097]

9/03/2009

kain kafan buruk



Al-kisah ada seorang businessman yang kaya raya bernama Hj.Teepo. Apa saja
nama bisnes atas muka bumi ini, dia ada. Sayang, kekayaan Hj.Teepo adalah
sebahagian besar hasil penipuan dan putar alamnya dalam bisnes. Sahamnya
berpuluh juta, hasil penipuan. Tanah ribu hektar,pun hasil tipu. Wang
beratus juta juga, tipu punya hasil. Puas isterinya memberikan kaunseling
agar Hj.Teepo berhenti menipu, namun tak dihiraukannya.

Kerana makan terlalu banyak dan mewah, dinner tiap-tiap malam (orang
belanja
of course), exercise tarak, satu hari Hj.Teepo disahkan oleh doktor
mengidapi penyakit barah dan disahkan akan padam dalam masa sebulan. Maka
teramatlah hiba hati Hj.Teepo nak meninggalkan dunia ini, tambah pula
mengenangkan segala aktivitinya selama ini.

Maka dipanggillah anak isterinya untuk berwasiat. Kain yang dah buruk,
koyak
pun tak apa, buat kain kapan aku. Aku dah banyak merasa kemewahan di dunia
ini. Biarlah kain buruk yang ku bawa ke akhirat," jelas Hj.Teepo dengan
genangan air mata. "Kenapa begitu bang?" tanya isterinya."Saja aku nak
merasa pakai kain buruk pula," jawabnya lagi. Isterinya terdiam,tapi
hatinya
berbisik, "Syukurlah, walau dah agak terlambat, ada juga kesedaran dan
keinsafan dihati suamiku."

Maka tempoh sebulan cuma tinggal 24 jam lagi. Dengan wajah sugul, Hj.Teepo
berbaring di kamarnya. Kain putih yang dah lusuh dan terkoyak sana sini
telah siap disediakan. Untuk terakhir kali, si isteri menghampiri Hj.Teepo.
"Bang", bisiknya perlahan. "Buat kali terakhir sebelum abang meninggalkan
kami, berilah tahu kenapa abang nak dikapankan dengan kain yang dah buruk.
Sedih saya melihat keadaan kain itu bang. Apakah abang telah insaf dan
bertaubat dengan perbuatan abang selama ini?"

Hj.Teepo merenung isterinya lama-lama dan bersuara, "Baiklah, mari rapat
kepadaku" isteri Hj.Teepo terus menghampiri suaminya. Dengan nada yang
sedih
Hj.Teepo bersuara, "Yang, you pun tahu, terlalu banyak dosa yang I lakukan
selama ini. Berapa ramai orang yang dah I kelentong. Jadi cukuplah
kemewahan
yang I rasakan. Biarlah I dikebumikan dengan kain buruk saja." Isterinya
masih ragu-ragu.

"Apakah abang fikir dosa-dosa abang boleh diampunkan dengan berkain kapan
yang buruk begitu?" tanyanya lagi.

"Bukan begitu Yang. Kalaulah abang pakai kain kapan yang buruk, nanti
Malaikat Mungkar dan Nakir fikir abang dah lama mati. Mereka juga akan
fikir
abang dah kena soal. Taklah nanti mereka soal abang lagi. Jadi selamatlah
abang...."

"Astaghfirullah hal aziiiiiiiiiim" isteri Hj.Teepo terus terlentang kerana
terkejut berok dengan penjelasan suaminya.

P/S: Mati pun nak kelentong. Nak kelentong Malaikat pulak tu..... Ambik le
iktibar